Friday, June 8, 2012

Prinsip penterjemahan


Penterjemah adalah pekerjaan yang memerlukan kesungguhan. Ini kerana penterjemah yang tidak bersungguh-sungguh akan membuatkan pembaca keliru dan mungkin akan menimbulkan salah faham pembaca terhadap maksud pengarang teks sumber. Proses penterjemahan perlu dilakukan dengan berpandu kepada prinsip berikut:
  • Tidak mengubah maksud pengarang teks asal.
    Prinsip ini jelas untuk para penterjamah. Pada praktikalnya para penterjemah sukar untuk mengelakkan diri untuk mengubah maksud pengarang secara 100% kerana pasti ada faktor perbezaan budaya dan bahasa. 
** Walaupun ada penterjemah yang berpegang teguh pada prinsip ini dan langsung tidak mengubah maksud pengarang teks asal dengan sengaja, namun sebagai penterjemah, kita perlu bijak memilih sama ada perkara yang diterjemah itu sesuai dengan budaya dan latar belakang masyarakat ataupun tidak.
  • Menghasilkan terjemahan yang mudah difahami pembaca.
    Penterjemahan adalah sebahagian daripada komunikasi. Karya terjemahan sebaik-baiknya mudah difahami supaya tujuan komunikasi antara pembaca dengan pengarang asal dapat dicapai.

  • Menghormati tatabahasa penerima.
    Dalam proses penterjemahan, tatabahasa bahasa penerima perlu dihormati. Ini bermaksud tatabahasa asing tidak seharusnya dipaksakan ke dalam teks terjemahan.

  • Menterjemah Makna Bahasa bukan menterjemah bentuk bahasa.
    Dalam proses penterjemahan, makna perlu diberi fokus. Penterjemah tidak seharusnya berusaha mengekalkan bentuk bahasa teks asal sehingga menghasilkan terjemahan yang berbelit-belit dan sukar difahami.
Maka kesimpulannya, berpandukan kepada prinsip-prinsip ini, seorang penterjemah diharapkan dapat menghasilkan satu karya yang boleh dipercayai sebagai satu karya terjemahan, dan karya ini adalah sebuah karya yang boleh difahami serta selesa untuk dibaca.

Rujukan

  • Ainon Mohd, Abdullah Hassan. 2000. Teori dan Teknik Terjemahan. Kuala Lumpur. Persatuan Penterjemahan Malaysia. ISBN 983-161-000-8
  • Juan C.Sager. 1995. Kualiti dan Piawai--Penilaian Penterjemahan dlm Panduan Penterjmahan. Catriona Picken(pny). Bashir M.M Basalamah(pntj). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
(Adaptasi dari Wikipedia, ensiklopedia bebas.)

No comments:

Post a Comment